skgst.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skgst@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI | JKUASA UPSR | Untitled | HEM | PIAGAM PELANGGAN | Untitled | Untitled | AKTIVITI | Untitled |

SEJARAH SKG

 Sekolah Kebangsaan Guntong dibuka pada tahun 1950. Penubuhan sekolah ini hasil dari muafakat penduduk setempat yang memikirkan bahawa sebuah sekolah patut diadakan untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak mereka. Menurut Ki Awang Nong b. Awang salah seorang warga lama di Kg. Guntong Dalam, pada mulanya sebuah bilik darjah seluas 20 X 30 kaki telah dibina beratapkan daun saga dan berdinding kayu setinggi 5 kaki dari tanah. Kemudian bangunan tersebut telah digantikan dengan sebuah rumah lama yang dibeli dari salah seorang penduduk kampung tersebut.

Dengan kecaknaan dan keperihatinan dari semua pihak, bangunan demi bangunan yang kukuh telah berdiri untuk keselesaan murid-murid. Pada Tahun 1970 sebuah bangunan baru telah dibina dalam bentuk bangunan sementara. Kemudian sebuah bangunan kekal dibina pada tahun 1980an yang dapat menempatkan pejabat sekolah, bilik guru besar dan enam bilik darjah. Sehingga ke hari ini SK. Guntong telah memiliki sebuah bangunan kekal dan tiga buah bangunan sementara yang dapat menampung 11 buah bilik darjah, bilik guru, bilik pentadbiran pejabat dan bilik Guru Besar. Di samping itu terdapat juga sebuah kantin, perpustakaan, bilik sumber surau dan pondok bacaan yang mempunyai bangunan tersendiri. Disediakan juga 4 buah rumah guru yang terletak berhampiran dengan sekolah.

Pada awal penubuhannya bilangan murid hanyalah 16 orang yang ditadbirkan oleh dua orang guru bernama Cikgu Kassim b. Chik dan seorang guru agama. Meskipun penubuhannya dalam serba kekurangan namun sekolah ini terus berkembang. Dalam tahun1960 bilangan guru meningkat kepada 3 orang dan38 orang murid. Keramaian murid semakin bertambah kepada 95 orang dengan 7 orang tenaga pengajar. Pada tahun1980 meningkat kepada 149 orang murid dengan 11 orang guru. Kini Warga SKG meningkat kepada 215 orang dan 16 orang guru.

Pandangan awal terhadap kemudahan infrastruktur amat menyedihkan sehinggalah pada tahun1957 hasil kerja sama penduduk setempat akhirnya terbentang sebatang jalan bertanah merah yang menghubungkan Kg Guntong Luar melewati Kg Guntong Dalam sehingga ke Kg. Saujana dan Kag. Fikri. Dua puluh lima tahun kemudian jalan tersebut disaluti tar. Mengenai kemudahan lain sekolah ini hanyalah menggunakan air telaga tetapi kini sudah dilengkapi air paip dan elektrik.

Kini kawasan SK. Guntong semakin luas dengan kerjasama pihak sekolah membeli tanah penduduk kampung dan dapat menyediakan 2 buah padang, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring, tapak perkhemahan dan tapak pertanian. Kata pepatah muafakat membawa berkat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, begitulah titik tolak penubuhan Sekolah Kebangsaan Guntong Setiu Terengganu.


TOKOH SEKOLAH

SK. Guntong dinamakan sempena dengan nama kampung dimana sekolah ini terletak. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayaai (iaitu En. Rosid b. Idris dan beberapa warga tua yang lain) 'Guntong' berasal dari nama seorang peneroka (ketua) yang mula-mula membuka kampung ini. Beliau dikatakan berasal dari Batu Rakit Terengganu, lebih terkenal dengan panggilan "Tok Guntong".

Pasukan penyelidik sekolah yang telah ditubuhkan khas untuk tujuan ini dan telah menemuramah beberapa warga tua di Kg. Guntong menceritakan bahawa Tok Guntong bersama beberapa orang anak buahnya telah berhijrah dari Batu Rakit dengan menggunakan perahu payang.Mereka berlabuh di Kuala Setiu dan berjalan kaki ke kampung ini. Mereka telah membuka tanah dan berhuma.

Selepas kampung ini dibuka, semakin ramai penduduk dari kampung lain berhijrah sehingga menjadikannya sebuah kampung yang agak besar juga pada masa itu. Oleh kerana Tok Guntong adalah ketua peneroka yang paling awal maka kampung ini dinamakan sempena nama beliau dan sekolah ini pula seterusnya dinamakan sempena nama kampung Guntong sendiri yang mempunyai hubung kait yang rapat..



PENGASAS SEKOLAH

Mengikut sumber yang diselidiki oleh pasukan penyelidik sekolah, pengasas sekolah ini ialah Tg Kassim b. Chik. Beliau berasal dari Setiu. Berkelulusan TUOS/ SPM. Beliau pernah berkhidmat di Besut dan Kuala Terengganu sebelum berkunjung ke Guntong Dalam. Pada masa ini beliau telah bersara dan menetap di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Semasa awal perkhidmatannya, sekolah ini banyak menghadapi masalah. Antaranya ialah perhubungan, ketiadaan jalan raya yang sempurna yang menyebabkan sekolah ini sukar dikunjungi oleh guru-guru dan pelawat dari luar. Keadaan akan menjadi bertambah teruk apabila musim hujan. Jika guru-guru yang mengajar di sini hendak ke pekan berhampiran mereka terpaksa mengharungi lumpur hingga ke paras lutut sepanjang 2 km barulah dapat keluar ke jalan besar.

Pada masa itu bekalan air dan elektrik memang tidak ada. Namun dengan kepentingan anak bangsa, Tg Kassim sempat mengajar beberapa tahun di sini sebelum ditukarkan ke tempat lain. Semasa ditukarkan beliau melahirkan perasaan sedih untuk meninggalkan sekolah ini. Namun demi tugas beliau terpaksa. Pada masa beliau menjadi guru besar di sini bilangan murid sulung sekolah ini seramai 16 orang. Beliau bersama ustaz ialah tenaga pengajarnya. Sebagai seorang pengasas sekolah ini, banyak yang telah dibuatnya dan sebelum bertukar beliau berpesan kepada penggantinya agar meneruskan usaha beliauyang masih dalam perancangan agar anak Kg Guntong Dalam ini tidak ketinggalan.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: